Monday, November 28, 2011

Winter di Kuantan

Assalamualaikum.

Yeahhh.. I'm back !! Sekarang dah hampir 3 bulan belajar di bawah bumbung Kulliyyah of Pharmacy. Setakat ni, okey la. Sangat okey bagi aku. Aku tak stress sangat dengan belajar, sebab memang dah expect dari dulu lagi, it won't be that easy-peasy to survive in this field. Alhamdulillah. Aku masih bertahan, dan insya-Allah akan terus bertahan.
Ada orang tanya,

Menyesal tak masuk bidang ni?

Seriouly cakap, TAK langsung. Happy sangat. Sebab? Sebab pmacy je dapat duk asrama dalam. Nak gi kuliah jalan kaki pun kejap je. Nak naik bas pun bolehh :D
Alhamdulillah, subjek2 untuk sem ni okay lagi. Dapat tangkap la walaupun slow slow. Heee. Kawan sekuliah? Fun. Boleh masuk lagi setakat ni, walaupun aku dah memang berazam taknak stick dalam satu group je kalau boleh. Hehe. Kalau time kuliah tu, tak kesah pun duk tepi sapa-sapa, sebab Umie pesan, berdikari, jangan harapkan orang lain sangat. Dan aku sangat la tak kesah nak jalan sorang2 dari asrama ke kuliah, dari kuliah ke admin, dari KOM ke kafe. Bila lagi kan nak berdikari. :D

Kuiz setakat ni dah banyak kali buat. Ada yang pop-quiz, ada yang diberitahu awal2. Kuiz dah banyak, tapi markah baru dapat untuk certain2 je. Hmm.. Alhamdulillah. Aku redha seadanya. Hoho.

Cuba untuk busy-kan diri sebaik yang mungkin. Sebab? Taknak pikir benda remeh dan temeh, taknak banyak sangat duk atas katil. Haha. Alhamdulillah, masih mampu bertahan. Walaupun rasa letih tu kadang2 buat diri ni cepat mengeluh, cepat nak mengalah, tapi akan ada je catalyst yang buat aku rasa "segar". :)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sungguh sungguh syukur pada DIA yang tetapkan segala percaturan hidup yang cukup cukup indah buat aku di bumi Kuantan (tgh winter sekarang ni).
Biarlah badan ni sokmo je letih dengan kelas, lab bla bla bla...

Moga aku tak pernah letih untuk merindui Allah, Rasul-Nya, Umie Ayoh, Abe2, Kak2, Anok2 sedaro dan teman2 yang terikat dengan kasih kerana-Nya.

=)
RX10

2 comments:

adilah said...

yes! berdikari! but u still have me...give me a beep and i'll call u back!

hidayah said...

seriously jah, give dilah a beep, and she'll call u like, RIGHT AWAY!

btw, jale soghe2 ni kei, baik la... wi peluwe untuk mmikir n merenung n menengok kawasan sekeliling...kalu bereker nga oghe gak, duk alek nok bekecek la...

oh, ingat kita lari2 nok masuk kelas bila waktu rehat abeh. we were hands in hands, weren't we? :)