Saturday, November 26, 2011

bintighazali dan bekam

assalaamualaikum


Aku ada list benda yang aku nak buat sebelum… bukan sebelum mati. Kalau buat azam macam tu, confirm takkan buat sampai mati. Kita nak buat azam, kena ada limit masa yang kita tahu bila akan berlaku. Contohnya, aku nak angkat kain sebelum asar. Kita dah tahu asar pukul 430 petang, so pukul 415 tu, kita mesti dah ready kat tempat jemur kain kan? Jadi, bila ada orang cakap pasal “list of 100 things to do before I die” aku rasa macam tak praktikal. At least bagi aku la. Sebab mati tak tahu bila. Tangguh2 last2 apa pun tak buat.

Tapi, utk list aku ni, biar aku jela yang tahu limit masa tu. Aku je yang cukup curious pasal hidup aku ni.

Anyhow, salah satunya ialah meyakinkan ma dan abah untuk membenarkan aku berbekam dan satu lagi ialah berbekam itu sendiri. Yang pertama tu takde masalah pun, tapi yang kedua tu, aku tak pernah ada peluang.

Alhamdulillah, semalam, aku dah berjaya (yey!) berbekam.

Tanggal 25 bulan sebelas 2011, aku join Kelas Asas Bekam anjuran Komuniti HPA Kaherah (KHK).

Meh aku tulis balik apa yang ada dalam handout yang disediakan oleh Muhammad Nasiruddin bin Mohd Sobri. Ustaz ni pelajar tahun 3 perubatan al-Azhar. Lahir 2 november 1990 (penting ke nak tahu?).

Ustaz ni jugak lah yang present teori dan praktikal untuk kursus ni sekali.

Bekam atau hijamah  jika dirujuk pada bahasa arab, asal dari perkataan hajama yang bererti menyedut. Secara istilah, ia bermaksud, pengeluaran darah pada kulit melalui sayatan atau torehan pisau, atau suntikan2 kecil jarum.

Antara dalil yang diriwayatkan tentang bekam.

“kesembuhan itu berada pada 3 hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan terapi besi bara (kay). Sesungguhnya aku melarang umatku (berubat) dengan kay”

(riwayat bukhari)


“tidaklah aku melalui satu dari langit2 yang ada, melainkan para malaikat mengatakan: hai Muhammad, perintahkan umatmu untuk berbekam, kerana sebaik-baik sarana yang kalian pergunakan untuk berubat adalah bekam, al-kits, dan syuniz semacam buah-buahan”
(riwayat at-tabrani dan ibnu jarir)

Jadi hukumnya ialah sunnah bagi rasulullah saw dan sunat untuk diamalkan.

Hari yang baik untuk berbekam : isnin, selasa, khamis.

Hari yang tidak baik untuk berbekam : rabu, jumaat, sabtu, ahad.

Pastu kalau kena dengan tarikh 17, 19, 21 bulan islam, lagi lah elok. Tapi penetapan ni untuk kita dapat yang afdhal je. Kalau nak buat juga, contohnya kecemasan, dipersilakan.

Aku rasa, ramai yang selalu sakit2 kepala kan. Lepas tu terpaksa makan paracetamol, ubat KK yang besar tu… ubat ni, fungsi dia, aku rasa memang dah ramai yang tahu, untuk tahan sakit je. Pain reliever. Memang kalau makan tu, semua jenis sakit hilang. Contohnya la, kalau makan ubat tahan sakit kepala je, kaki yang lenguh pun tetiba jadi baik.

When something is too darn good, you have to expect some kind of side effects afterwards.

Lepas tu jadi dependent dengan ubat2 kimia ni kan. Jadi, bekam ni semuanya natural. Kita induce tubuh kita untuk buat kerja dia. Contohnya kalau sakit kepala, itu most probably sebab oksigen tak sampai kat kepala. Oksigen tak cukup, sebab aliran darah tak lancar. So, bila kita bekam, (dalam bekam, kita sedut pembuluh darah sampai ke permukaan kulit, dan sedut darah tak baik yang mungkin block aliran darah) kita lancarkan balik aliran darah.

Tiada penggunaan bahan apa2 kecuali minyak zaitun dan minyak habbatusauda. Yang ni kita sapu kat tempat yang nak dibekamkan supaya takde aliran udara luar yang boleh masuk dalam cawan bekan ketika sesi bekam tu sendiri.

Lagi satu, bekam dapat menyingkirkan racun zahir (toksin) dan racun batin (sihir). Ingatkah hadis riwayat imam bukhari, “ sesungguhnya syaitan itu berjalan pada manusia dalam saluran darah.”

Dalam satu peristiwa perang, nabi saw pernah diracun seorang yahudi. Kemudian baginda berbekam dan menyedut darah di bahagian antara puncak 2 bahu.

Diceritakan juga, nabi saw pernah disihir. Bila baginda disihir, takde jadi “kes” macam kita, tapi baginda saw jadi ingat2 lupa. Dalam waktu ni juga, baginda berbekam.

Sebelum ni, mungkin ada yang kata, “perempuan tak payah berbekam, sebab darah kotor dah keluar tiap2 bulan melalui darah haid.”

Apa yang saya boleh cakap, darah haid tu, lain dengan darah ni. Lagipun, bila kita berbekam, di samping mengeluarkan darah, kita juga mengeluarkan angina berlebihan yang ada kat kawasan tu. Angin2 ni, juga kadang2 boleh menyebabkan pembuluh darah (blood capillaries) tersekat.

Apa yang saya paling suka, ustaz ni jelaskan adab2 untuk berbekam. Katanya, pembekam adalah duta/pembawa sunnah rasulullah saw. Kebajikan pesakit mesti didahulukan, rawatan tidak berorientasikan wang, dan tidak riak sekiranya pesakit itu sembuh.

Benda ni penting tapi Nampak kecik, so sebab tu selalu lupa. Macam kalau kita demam, then sembuh dengan makan ubat dari klinik Alif. Bila ada orang lain demam, laju je cakap, “makan ubat klinik Alif, confirm sembuh”… padahal itu hanyalah wasilah atau perantaraan.

Dengan ini, aku mahu mengajak rakan ikut sama sunnah ini. Kalau sembuh dari penyakit tu, alhamdulillah. Kalau tak pun, at least you can say that you have followed in the steps of the Prophet Muhammad saw.

sedikit gambar... kursus ni buat di musalla Wisma Sultan Muhammad ke-5 di Cairo... 

alatan bekam : cawan bekam, lanchet, pam, jarum bekam 
mula2 pam angin untuk "tarik" pembuluh darah ke bahagian
bawah kulit  (subcutaneous) supaya senang nak sedut darah

darah mula keluar dari lubang2 yang dicucuk dengan jarum bekam

darah dari dalam cawan dikeluarkan dengan menggunakan tisu. darah tak
banyak sangat sebab buat sekejap je.
p/s : dari semalam lagi, asyik tanya orang “nak bekam?” oh… macam budak baru belajar baik basikal… mesti excited nak naik beskal selalu..
doakan mesir, doakan palestin, doakan kita semua.. :) ALLAH tahu yang terbaik. tugas kita ialah bergantung padaNYA..insyaaALLAH

4 comments:

adilah said...

mungkin xperlu tarikh lahir tu...haha one day before mine...hope u realize it dear

mcm menarik jah cito ni...erm....apakah perasaan anda slps berbekam?? ur pics ado dok? kiro nyo bekam ni buke kt palo jah ko..igt ko kt palo jah..n i got confused..habis la rambut selurus rawatan di spa tu (ni iklan shampoo) blo tgk gmbr tu, oooooo boleh mano2 tgn blh jugok eh

hidayah said...

honey, hope this won't crush your heart, but i didn't realize it laaaa! i put it there because i tot it's a very comel date... it's 2, then double 1, then zero...get it? haha. ado jah point nk peringat ko kito bahawa kito sokmo wak x ingat b'day dio...cis... hehe

perasaan slps berbekam, amat2 puas hati dan gembira..sbb kecik2 dulu sokmo tgk pok sedaro wak, then oghe nok wak jgk tapi ma x buwi (meme la sbb time tu pun kecik lagi)...tp kan, sebenarnya, kanak2 seumur 7 tahun lagi dah blh wak bekam darah tu...pastu, ado satu kes kat indonesia, bayi x sampai setahun pun lagi dibekamkan...ni special case la..nk cito gak panje pulok...tp utk bdk2, oghe mahir la kena buat...sbb point2 bekam tu takut ssaloh...budok kei, kecik lagi...

gambar oghe ado..oghe bekam kat lengan...BUT is it safe to email it to u? mace2 la dengar pasal oghe buleh hack email ni...

bekam ni, seluruh tmpat blh wak, kecuali tmpat2 yg dilarang la...antara tmpt larangan, ketiak, groin, leher, bawah lutut, bawah siku, n tmpt jangkitan virus...tp utk effect yg mantap, kito wak d point2 yg dah ditetapkan la...sesuai dgn kito sakit gapo...kalu dio tu byk masalah angin, buat di atah belakang bahagian atas...

kalu nk wak kat palo, meme kena cukur la rambut come2 tuh..nanti x lekat cawan nk letak...tp kalu oghe tino, cukur bahagian hok nk bekam jelah...gak, rambut kan selalunya panje, so pandai2 la sisir rambut wak peseng2 sikit nk tutup bahagian hok bekam tu...

adilah said...

first of all...x comel pun lah tarikh tuh!

safe jah kot emel...
im not hacker..im just a stalker

hidayah said...

yes, come lah... sebab 02.11.00, oghe fikir macam, 02-1-1=00...

aha...tu caro oghe ingat nombor..cth kalu nk ic sapo2 4816, oghe ingat dgn caro 4x2=8...8x2=16... sajo jah nyo...hui2...

nati lah tgk gmbr mano boleh diemel...serius jd koho beringat loni...i'm not saying u're the hacker..i'm just saying, nowadays when people can just hack n see our emails just by using the email address, people can just look into the pictures...(uish, paranoidkah aku?)