Thursday, October 20, 2011

tanya sama itu hati

Belubeghi agak sepi sekarang...iyalah..masing-masing sibuk dengan hal masing-masing...Dua orang sudah terbang kembali berjihad di Bumi Musa...Seorang lagi sedang sibuk bersama ubat-ubatan di Kuantan...Seorang lagi? Sedang pening dengan kod dan bahasa komputer...Saya rasa terpanggil untuk menulis kali ini...untuk diri saya sendiri...diri yang sedang berperang dengan nafsu dan iman...keinginan...tiada siapa yang mampu saya sandarkan kebergantungan..kecuali pada-Nya...dan kekuatan itu harus saya bina dengan segala usaha saya sendiri...tiada kata-kata nasihat...yang ada hanyalah ayat-ayat cinta-Nya dan kalimah rasul-Nya yang dapat membantu saya memilih dan membuat penilaian...penilaian atas neraca akhirat...atau atas neraca dunia yang penuh dengan fitnah...insyaAllah...saya seru hati saya sendiri untuk menilai dengan neraca akhirat...




Dengan nama al-Malik...Rabb...Illah...
Saya mulakan dengan sebuah cerita yang sering kita dengar...cerita Nabi kita ketika kecil...


Pemeliharaan Allah kepada Rasulullah
 Allah pelihara Rasulullah dari menyembah berhala dan dari angkara orang-orang Yahudi bahkan Rasulullah juga dipelihara dari terlibat dengan kebiasaan-kebiasaan masyarakat Quraish yang boleh mencacatkan maqam seorang Nabi dan Rasul penutup segala Rasul. Diantaranya Rasulullah terhindar dari majlis-majlis nyanyian dan majlis-majlis tarian. Pernah juga Rasulullah teringin nak mengikutinya tapi Allah tidurkan Rasulullah sebaik saja baginda duduk dalam majlis itu. Pernah satu ketika, semasa Rasulullah mengembala kambing diluar Mekah. Rasulullah terdengar suara majlis kenduri kendara. Jadi Rasulullah minta tolong kawannya tolong jaga kambing-kambingnya kerana Rasulullah nak menghadiri majlis itu. Pada malam itu, bila Rasulullah sampai saja ke majlis itu Allah datangkan rasa mengantuk kepada Rasulullah. Akhirnya baginda tertidur dalam majlis itu. Kata Rasulullah, aku hanya sedar besoknya ketika panahan matahari panas mengenaiku. Besoknya ada kenduri lagi, Rasulullah pergi lagi dan hal yang sama juga berlaku lagi. Allah menjaga Rasulullah dari majlis kenduri-kendara yang dipenuhi maksiat didalamnya.


Jika kita amati kisah ini...tidakkah kita lihat bahawa Allah memelihara Nabi kita dari segala jenis bentuk maksiat...baik dari segi hiburan dan adat...Allah memelihara Nabi dari anasir-anasir jahiliah...Nabi terhindar dari majlis nyanyian dan tarian...kenapa? 
Adakah pemeliharaan ini hanya untuk Nabi? 
Bukanlah pemeliharaan ini untuk semua ummat manusia?
Belajarlah dari sirah...kerana sejarah itu mengajarkan kita bagaimana untuk kita lakarkan kehidupan hadapan kita...

Jujur saya katakan, saya agak teruja dengan The Colours of Malaysia (Citra Malaysia) yang akan berlangsung Sabtu ini di Brisbane City, King George Square...
ada dalam kalangan pelajar yang akan mempersembahan tarian, lakonan, dan pelbagai persembahan tradisi rakyat Malaysia...
tambahan lagi..akan ada Malaysian Delicacies...yummm...

Setelah beberapa hari saya amat teruja untuk turut serta dalam acara itu...
Saya kembali tertanya-tanya...
Betulkah tindakan saya? 
Apakah yang saya fikir?
Adakah ini salah satu bentuk perang pemikiran yang memusnahkan pemikiran anak-anak muda muslim sekarang?

Terngiang-ngiang lagu yang sering saya nyanyikan..Lagu terjemahan surah as-Syams...

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (91:8-10)


Teringat pula pesanan seorang ukhti yang merujuk sepotong hadis...

Dan dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata :
Saya mendatangi Rasulullah saw, lalu beliau bersabda :
Engkau datang untuk menanyakan kebaikan ?,
saya menjwab : Ya.
Beliau bersabda : Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang karenanya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keraguraguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya(Hadis 27 daripada Hadis Arbain)



Dan saya teringat lagi...sebuah lagu hadis yang saya hafal...

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata:
Saya mendengar Rasululla bersabda:
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak.
Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.
Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.
Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya.(Hadis 6 daripada Hadis Arbain)

Dan akhirnya, saya membuat keputusan...
SAYA TIDAK AKAN KALAH DALAM PERANG PEMIKIRAN INI!
PEMIKIRAN JAHILIAH AKAN SAYA KIKIS!
AKAN SAYA PASTIKAN SAYA TIDAK AKAN TERPEDAYA DENGAN AGENDA JIJIK UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM!

Iman dan nafsu itu akan sentiasa berperang...dan lama-kelamaan akan ada satu yang mengalah...Iman atau Nafsu? Pilihan bukan di tangan kita, tapi di hati kita!




#Selamat mengerjakan ibadah haji untuk Ma tercinta, Yam(nenek saudara) tersayang...semoga ALLAH menerima ibadah kalian...dan mendapat haji yang mabrur...

#Saya merindukan Mek, Kak Ja, Nin, Long, Ek E, Kaka, dan Alfa...
Saya mahukan gambar Kaka dan Alfa yang terbaru...tolong la upload...I miss to hug my cats...

Adilah

0 comments: